fb fb fb fb fb

Jepun bimbang operasi ketenteraan Israel di Rafah

Foto AFP

TOKYO, 12 Februari- Jepun menyatakan kebimbangan mengenai laporan operasi ketenteraan Israel di Rafah.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, Kementerian Luar berkata, lebih satu juta rakyat Palestin di Gaza telah kehilangan tempat tinggal di Rafah, yang merupakan lokasi penting untuk penghantaran bantuan kemanusiaan.

"Memandangkan situasi kemanusiaan di kawasan itu semakin merosot dan jumlah korban orang awam, termasuk sebilangan besar kanak-kanak, wanita dan warga emas, terus meningkat, adalah penting untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan secepat mungkin", kata Kementeri Luar dalam kenyataan.

"Aktiviti bantuan kemanusiaan boleh dijalankan untuk mencapai matlamat ini.

Sementara itu, Malaysia turut mengecam keras serangan besar-besaran Zionis di Rafah yang telah membunuh ratusan nyawa orang awam. Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan meningkatkan ketegangan selain merencatkan usaha gencatan senjata.

Wisma Putra dalam kenyataan turut mengulangi sokongan Malaysia, yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 28,340 penduduk Palestin terkorban dalam konflik berterusan antara Palestin dan Israel, manakala hampir 68,000 warga Palestin cedera.

ROSLINA BINTI DIN