MANILA, 6 Februari- Empat individu maut dalam nahas sebuah pesawat kecil yang terhempas dan terputus dua di sebuah ladang di selatan Filipina hari ini.
Polis mengesahkan pesawat tersebut terhempas berhampiran perbandaran pertanian Ampatuan di Pulau Mindanao.
Ia turut melanggar seekor kerbau yang menyebabkan kecederaan serius pada haiwan berkenaan, menurut jurucakap polis daerah, Jopy Ventura.
Punca nahas masih belum dapat dipastikan dan identiti korban belum dikenal pasti.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) juga mengesahkan kejadian itu, namun setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai jenis pesawat yang terlibat. -AFP