fb fb fb fb fb

Dua lagi termasuk remaja ditembak di Tebing Barat

Foto REUTERS

BAITULMAQDIS, 6 Januari- Dua rakyat Palestin, termasuk seorang remaja berusia 17 tahun, ditembak mati oleh tentera Israel di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin bersama gerakan Fatah melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah rumah seorang lelaki berusia 37 tahun di sebuah bandar di selatan Jenin, Tebing Barat.

"Mangsa, Mutaz Ahmad Abdul Wahab Madani (17 tahun) turut maut akibat tembakan tentera Israel di kem askar, Nablus," menurut kenyataan bersama itu.

Ratusan rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober tahun lalu, yang mencetuskan serangan berterusan di Gaza dan konflik lebih meluas di beberapa kawasan.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM