fb fb fb fb fb

China gesa AS tidak terus ambil kesempatan krisis Rusia-Ukraine

(FOTO REUTERS)

BEIJING, 22 Februari - China menggesa Amerika Syarikat agar tidak terus 'mencurah minyak ke dalam api' dalam krisis Rusia-Ukraine.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Beijing ketika lawatan rasmi Diplomat Tertinggi China, Wang Yi tiba di Rusia semalam.

(Wang Wenbin / FOTO REUTERS)

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata Amerika tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas konflik berdarah antara kedua-dua negara tersebut.

Wenbin turut menyelar tuduhan Washington bahawa Beijing membekalkan senjata kepada Moscow dalam operasi ketenteraan ke atas Kiev, genap setahun Jumaat ini.

Amerika sebelum ini memberi amaran kepada China agar tidak memberi sokongan terhadap tindakan Rusia ke atas Ukraine.-REUTERS

Media Baharu