fb fb fb fb fb

Australia setuju biaya semula agensi bantuan PBB

Foto Reuters

SYDNEY, 15 Mac- Australia akan menyambung semula pembiayaan kepada agensi bantuan Palestin utama Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Australia, Penny Wong hari ini, setelah hampir dua bulan menghentikan penyaluran dana itu.

"Australia telah berunding dengan UNRWA dan negara penderma lain serta berpuas hati dengan perlindungan tambahan yang dilaksanakan. Sebanyak A$6 juta ($3.9 juta) wang pembiayaan yang dijeda, akan diberikan serta merta."

"Kami mempunyai anak dan keluarga yang kelaparan dan kami mempunyai kapasiti bersama masyarakat antarabangsa untuk membantu mereka. Kami tahu bahawa UNRWA adalah pusat dan penting untuk menyampaikan bantuan itu," kata Wong pada sidang akhbar.

Sebelum ini, Australia bersama lebih daripada puluhan negara telah menggantung pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur (UNRWA) pada Januari, berikutan wujud dakwaan penglibatan kakitangannya dalam serangan 7 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapaun, Sweden, Kanada dan Kesatuan Eropah telah menyambung semula pembiayaan tersebut.

Ketua pertubuhan itu berkata beliau optimis bahawa penderma lain akan menyambung semula pembiayaan tidak lama lagi.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM