fb fb fb fb fb

Antony Blinken kutuk tindakan Beijing di Laut China Selatan

Antony Blinken / Foto AFP

VIENTIANE, 11 Oktober-Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, mengutuk tindakan Beijing yang "semakin berbahaya" di Laut China Selatan.

Blinken, ketika bertemu pemimpin blok ASEAN hari ini, turut menyatakan sokongan untuk kebebasan pelayaran di laut berkenaan.

"Kami tetap bimbang mengenai tindakan China yang semakin berbahaya dan tidak sah di Laut China Selatan, yang telah mencederakan orang, selain merosakkan kapal dari negara-negara ASEAN.

"Tindakan berkenaan bertentangan dengan komitmen untuk penyelesaian pertikaian secara aman," kata Blinken di sini.

Menurut beliau, AS turut menyokong kebebasan pelayaran dan kebebasan penerbangan di Indo-Pasifik.

Tambahnya, AS berharap dapat bekerjasama dengan pemimpin ASEAN untuk melindungi kestabilan di Selat Taiwan, di mana ketegangan semakin meningkat minggu ini apabila China mengecam kenyataan oleh presiden demokrasi itu. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM