fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 31,645

Foto WAFA

GAZA,17 Mac- Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu meningkat kepada 31,645 orang.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Kementerian Kesihatan Gaza berkata 73,676 orang lagi mengalami kecederaan.

Kementerian itu berkata tentera Israel membunuh 92 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain dalam tempoh 24 jam lepas.

Serangan rejim zionis pagi tadi menyasarkan beberapa kawasan di selatan dan timur laut Khan Yunis, serta di utara Rafah, selatan Gaza.

Sekurang-kurangnya 12 orang awam terbunuh manakala puluhan lagi cedera akibat serangan udara Israel tengah malam tadi ke atas sebuah rumah milik keluarga Thabet di kejiranan Bushara di tengah bandar Deir al-Balah, Gaza.

Pasukan penyelamat masih tidak dapat mengeluarkan mayat dan mangsa terperangkap di bawah runtuhan itu disebabkan sekatan oleh tentera Israel.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM