fb fb fb fb fb

52 cedera selepas kereta api rempuh trak di Rusia

Foto: REUTERS

MOSCOW, 30 Julai- Sebuah kereta api yang membawa 800 penumpang merempuh sebuah trak di persimpangan rdi selatan Rusia pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan gerabak terkeluar dari landasan dan mencederakan 52 orang, kata pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa di wilayah Volgograd berkata perlanggaran berlaku ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Kazan di tengah Rusia ke Adler di Laut Hitam.

Laporan sebelum ini menyatakan jumlah yang cedera kira-kira 140 orang.

Russian Railways sebelum ini melaporkan bahawa pemandu kereta api itu menekan brek apabila dia melihat trak Kamaz, yang pemandunya melanggar peraturan lalu lintas dan memasuki persimpangan walaupun dibunyikan.

Kereta api itu melanggar trak pada kira-kira 65kph berhampiran stesen Kotelnikovo, 1,200km selatan Moscow.

Pemandu Kamaz itu tercampak kira-kira 15m akibat rempuhan itu, berada dalam keadaan teruk, kata saluran Telegram Mash.

Video yang diterbitkan oleh agensi berita negara TASS menunjukkan gerabak tergelincir, sebahagian daripadanya berpusing.

Pihak pengendali kereta api Rusia berkata lebih 300 penumpang telah meneruskan perjalanan mereka menaiki sebuah kereta api manakala sebuah lagi kereta api telah tiba di wilayah Volgograd untuk mengambil selebihnya.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI