fb fb fb fb fb

47 rakyat Palestin terbunuh serangan terbaharu Israel di Gaza

Foto AFP

GAZA, 1 November- Seramai 47 penduduk Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh orang cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dalam pengeboman Israel di tengah Gaza, lapor agensi berita Palestin WAFA pada Jumaat.

Serangan itu berlaku di bandar Deir Al-Balah, kem Nuseirat dan bandar Al-Zawayda.

Menurut pihak berkuasa Palestin, serangan Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih 43,000 rakyat Palestin dan memusnahkan sebahagian besar kawasan itu.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan memaklumkan serangan Israel terhadap Hospital Kamal Adwan telah memusnahkan bekalan perubatan dan menjejaskan operasi hospital itu.

Tentera Israel mendakwa kumpulan pejuang Hamas menggunakan Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya untuk tujuan ketenteraan dan menuduh kumpulan itu telah bersembunyi di sana. Bagaimanapun, pegawai kesihatan dan Hamas menafikan dakwaan tersebut.

Kementerian Kesihatan Gaza menyeru semua badan antarabangsa untuk melindungi hospital dan kakitangan perubatan daripada kekejaman Israel.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN