
TOKYO, 26 Oktober- Bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda meninggal dunia pada usia 90 tahun pada Khamis lalu, menurut seorang pegawai parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) pada Isnin.
- Memimpin Jepun mulai September 2007 selepas menggantikan Shinzo Abe yang meletakkan jawatan selepas 12 bulan.
- Berusaha memperbaiki hubungan dengan China, menjemput Presiden Hu Jintao melawat pada Mei 2008, lawatan pertama ketua China ke Jepun dalam sedekad.
- Meletakkan jawatan pada September 2008 selepas kadar sokongan merosot; bersara daripada politik pada 2012; melawat China pada 2014 untuk bertemu Xi Jinping.
Fukuda memimpin Jepun selama kira-kira setahun bermula September 2007 selepas menggantikan Shinzo Abe yang meletakkan jawatan selepas hanya 12 bulan dalam penggal pertamanya.
Sepanjang pentadbirannya, Fukuda berusaha memperbaiki hubungan dengan China dan menjemput Presiden China ketika itu, Hu Jintao, melawat Jepun.
Lawatan Hu pada Mei 2008 merupakan lawatan pertama seorang ketua negara China ke Jepun dalam tempoh sedekad.
Kedua-dua pemimpin turut mengeluarkan kenyataan bersama untuk membina hubungan yang saling menguntungkan berasaskan kepentingan strategik bersama.
Fukuda meletakkan jawatan pada September 2008 ketika kadar sokongan terhadap pentadbirannya merosot.
Beliau bersara daripada politik pada 2012.
Ketika hubungan Tokyo dan Beijing semakin tegang susulan pertikaian kepulauan serta isu sejarah, Fukuda melawat China pada 2014 untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping.
Lawatan itu membantu membuka jalan kepada sidang kemuncak antara Xi dengan Abe ketika beliau kembali menjadi perdana menteri bagi penggal kedua. -AFP