164 SK Ramuan China terima manfaat menerusi Sekolah Angkat MADANI

Dr Shamsuri Abdullah

ALOR GAJAH, 26 Oktober – Seramai 164 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Kechil di sini menerima manfaat melalui projek menaik taraf makmal komputer sekolah berkenaan bawah Program Sekolah Angkat MADANI Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek menaik taraf makmal komputer bernilai RM100,000 termasuk perabot, penyaman udara, cat dan pendawaian elektrik.
  • Tujuan untuk sediakan persekitaran pembelajaran kondusif, menyokong pembelajaran digital dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran di sekolah luar bandar.
  • Inisiatif menunjukkan masyarakat, POLYCC dan sekolah berganding tenaga melaksanakan projek berimpak walaupun sumbangan relatif kecil.
  • Program Sekolah Angkat MADANI gabungkan penambahbaikan kemudahan, pemindahan kepakaran dan pendedahan awal kepada bidang TVET.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah berkata, projek berkenaan menelan kos sebanyak RM100,000 meliputi penambahbaikan perabot, penyaman udara, kemudahan fizikal, kerja-kerja mengecat dan pendawaian elektrik.

Pelaksanaan itu bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan menyokong pembelajaran digital serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khasnya di sekolah luar bandar.

“Usaha ini menunjukkan bahawa masyarakat boleh berganding tenaga untuk melaksanakan inisiatif berimpak kepada sekolah. Walaupun jumlah sumbangan itu agak kecil berbanding keperluan sebenar.

“Ia dapat membantu pihak sekolah menceriakan persekitaran, menaik taraf kemudahan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Sekolah Angkat MADANI Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) di SK Ramuan China Kechil di sini.

Program Sekolah Angkat MADANI menggabungkan penambaihbaikan kemudahan pembelajaran, pemindahan kepakaran serta pendedahan awal murid kepada Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Inisiatif itu bukan sekadar tertumpu kepada penambahbaikan kemudahan fizikal malah menjadi plaform perkongsian kepakaran, memperluas manfaat pendidikan serta memperkukuh strategik antara POLYCC dengan sekolah serta komuniti setempat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.