fb fb fb fb fb

2 maut bangunan runtuh di India

INDIA, 26 April - Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di New Delhi selepas sebuah bangunan runtuh.

Sekurang-kurangnya dua disahkan maut setakat ini.

Dua lagi berjaya ditemukan selamat dari bawah runtuhan bangunan tersebut.

Seorang lagi yang masih hidup terperangkap di bawah runtuhan.


(Mangsa bangunan runtuh yang terselamat/Foto REUTERS)

Waris lelaki yang terperangkap itu berkata, "Dia lega apabila mengetahui anak saudaranya masih hidup dan telah berjaya diberikan minuman,"katanya. Punca bencana terjadi itu masih belum diketahui.

Bangunan tersebut sedang diubah suai dan telah diberikan notis oleh pihak berkuasa tempatan terhadap sebarang pembinaan atau ubah suai ke atas bangunan.

Bangunan runtuh menjadi kebiasaan di India dengan pembinaan yang kurang baik, dengan pembina mengabaikan peraturan dan menggunakan bahan yang tidak berkualiti. -REUTERS

Media Baharu