fb fb fb fb fb

11 orang terbunuh dalam kebakaran di pusat beli-belah di Karachi

Kebakaran berlaku di tingkat empat sebuah pusat beli belah di Karachi

KARACHI, 25 November- Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 35 cedera dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah di ibu kota komersial, Karachi.

Lebih 60 orang berada di dalam pusat beli-belah itu ketika kejadian tersebut.

Menurut Jurucakap Pertubuhan Kebajikan Chippa, Shahid Hussain, berkata tujuh mangsa mengalami kecederaan yang serius.

“Pekerja penyelamat kami telah membawa 11 mayat ke hospital setakat ini. Sekurang-kurangnya 40 orang telah diselamatkan, katanya.

Hussain berkata, kebakaran berpunca dari litar pintas dan merebak hingga menyambar dua tingkat bangunan itu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Wilayah Shabbir Ali mengesahkan angka kematian dan bilangan mangsa yang cedera.

Undang-undang keselamatan serta penguatkuasaan yang longgar menyebabkan kerapnya berlaku kebakaran bangunan di Pakistan.

Pada 2012, sekurang-kurangnya 250 pekerja maut akibat kebakaran di sebuah kilang pakaian di Baldia Town, di barat Karachi. Bangunan itu didakwa tidak mempunyai tempat perlindungan kebakaran.-AFP

ROSLINA BINTI DIN