fb fb fb fb fb

10 maut, 23 cedera di Ukraine akibat ribut salji

FOTO AFP

KIEV, 28 November- Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 23 lagi cedera di Ukraine susulan ribut salji yang melanda kawasan selatan dan semenanjung Crimea.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, kawasan paling teruk terjejas adalah wilayah selatan Odesa dengan kira-kira 2,500 penduduk terjejas.

"10 orang maut di Ukraine akibat cuaca buruk. 23 termasuk kanak-kanak cedera," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di media sosial.

Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan ribut itu telah menyebabkan lima orang terbunuh. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA