Wabak Salmonella melanda 13 negeri di AS

Foto AFP.

LOS ANGELES, 25 April – Seramai 34 orang di 13 negeri di Amerika Syarikat (AS) dijangkiti Salmonella yang dikaitkan dengan pendedahan terhadap ternakan ayam dan itik di laman rumah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ayam dan itik peliharaan di laman rumah boleh membawa bakteria Salmonella walaupun nampak sihat dan bersih.
  • Jangkitan biasa menyebabkan cirit-birit, demam dan kekejangan perut dalam enam jam hingga enam hari selepas pendedahan.
  • Penyakit biasanya berlanjutan empat hingga tujuh hari dan kebanyakan pesakit pulih tanpa rawatan.
  • Dalam sesetengah kes jangkitan boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan di hospital; tiada kematian dilaporkan.

Menurut kenyataan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, daripada 34 kes itu, 13 dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dilaporkan.

Menurut CDC, ayam dan itik yang dipelihara di laman rumah boleh menjadi pembawa bakteria Salmonella walaupun tidak menunjukkan tanda sakit dan kelihatan bersih.

Kebanyakan individu yang dijangkiti Salmonella mengalami cirit-birit, demam dan kekejangan perut dalam tempoh enam jam hingga enam hari selepas terdedah kepada bakteria itu.

Penyakit itu biasanya berlarutan antara empat hingga tujuh hari dan kebanyakan pesakit pulih tanpa rawatan.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, jangkitan boleh menjadi serius sehingga memerlukan rawatan di hospital. – BERNAMA