
SINGAPURA, 25 April – Pemain golf Korea Selatan, Jeongwoo Ham, semakin hampir untuk merangkul kejuaraan Terbuka Singapura selepas mempamerkan aksi konsisten di pusingan ketiga untuk mencatatkan kelebihan selesa mendahului pencabar terdekat dari Australia, Cameron John.
- Jeongwoo Ham mengukuhkan kelebihan empat pukulan selepas pusingan ketiga dengan skor 68.
- Beliau mengumpul skor keseluruhan 13 bawah par.
- Cameron John menamatkan keseluruhan pada 9 bawah par selepas birdie pada lubang pertama.
- Tomohiro Ishizaka ketiga pada 8 bawah par, Julien Sale keempat satu pukulan di belakang; pusingan terakhir esok tentukan juara.
Dalam aksi pada Sabtu, Ham mengukuhkan cengkamannya sebagai pendahulu dengan kelebihan empat pukulan selepas menamatkan pusingan ketiga dengan 68 pukulan.
Keputusan tersebut menyaksikan beliau mengumpul skor keseluruhan 13 dibawah par.
Cameron John yang muncul pesaing terdekat, memulakan hari dengan langkah kanan menerusi birdie hasil pukulan kemas pada lubang pertama, sebelum menamatkan saingan dengan skor keseluruhan 9 dibawah par.
Sementara itu, wakil Jepun, Tomohiro Ishizaka, yang hampir mencatatkan eagle pada lubang keempat terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 8 dibawah par.
Pemain Perancis, Julien Sale pula mengekori di tempat keempat ketinggalan satu pukulan di belakang Ishizaka.
Debaran kejohanan akan diteruskan esok (Sabtu) dengan pusingan keempat dan terakhir yang bakal menentukan pemenang edisi kali ini. – REUTERS