TPM Zahid sempurnakan pelepasan Malaysia Marathon 2026 kategori 5km

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dimeriahkan dengan penganjuran edisi sulung Malaysia Marathon 2026 yang melibatkan 25,000 peserta dalam empat kategori, iaitu 42 kilometer (km), 21km, 10km dan 5km.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi sempurnakan pelepasan kategori 5km di hadapan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC).
  • Perarakan Jalur Gemilang sepanjang satu kilometer dibawa 1,000 pelajar KPTM Bangi sebelum larian 5km bermula.
  • Maraton penuh bermula jam 12 pagi melalui AKLEH dari Pavilion ke KLCC, menampilkan dua robot humanoid berjaya menamatkan larian.

Pelepasan bagi kategori 5km yang disertai kira-kira 10,000 peserta disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hadapan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC), pagi tadi.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Acara pelepasan peserta dimulakan dengan perarakan bendera Malaysia sepanjang satu kilometer yang dibawa oleh 1,000 pelajar Kolej Poly-tech MARA (KPTM) Bangi sebelum peserta memulakan larian 5km.

Acara larian maraton penuh sejauh 42km pula bermula seawal 12 pagi, dengan peserta melalui laluan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), bermula di hadapan pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur sebelum menamatkan larian di KLCC.

Menariknya pada maraton ini ialah penyertaan unik dua robot humanoid yang mencuri perhatian apabila berjaya menamatkan larian masing-masing dalam kategori 5km dan 10km.

Penganjuran sulung itu sekali gus mencerminkan kepelbagaian penyertaan dalam acara sukan bertaraf antarabangsa, selain menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kebangsaan ke-69.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.