Singapura 1993 tebus dendam 33 tahun lalu

Pasukan Singapura 1993 meraikan kemenangan ke atas Kedah 1993 dalam aksi Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 malam Sabtu

LANGKAWI, 29 Ogos — Pasukan Singapura 1993 menebus kekalahan 33 tahun lalu selepas menewaskan Kedah 1993, 2-1 pada perlawanan Langkawi Merdeka Cup Nostalgia (LMCN) 1993 di Stadium Langkawi, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan kendalian P.N. Savaji membawa pulang trofi, mengimbau era kegemilangan bola sepak tanahair.
  • Lebih 8,000 penonton hadir; Saswadimata Dassuki menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama.
  • Singapura menguasai babak pertama sementara Kedah banyak bertahan; Robert Alberts buat pertukaran untuk perkemas serangan.
  • Kesilapan pertahanan Kedah dihukum oleh Lim Tong Hai; Mohd Nidzam Adzha kemudian merapatkan kedudukan.

Kemenangan itu membolehkan pasukan kendalian P.N. Savaji membawa pulang trofi kejohanan yang diadakan bagi mengimbau kembali era kegemilangan bola sepak tanah air.

Lebih 8,000 penonton menyaksikan perlawanan yang menyaksikan Singapura membuka jaringan menerusi Saswadimata Dassuki pada separuh masa pertama.

Singapura menguasai sebahagian besar babak pertama, manakala Kedah lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Memasuki babak kedua, jurulatih Kedah, Robert Alberts melakukan beberapa pertukaran pemain bagi memperkemaskan jentera serangan.

Barisan legenda bola sepak Kedah

Bagaimanapun, kesilapan pertahanan Kedah dihukum Lim Tong Hai yang menjaringkan gol kedua Singapura.

Kedah kemudian meningkatkan tekanan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi Mohd Nidzam Adzha.

Bagaimanapun, keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat ditiup pengadil Asrul Zairi Abd Hamid.

Kejohanan itu turut menghidupkan kembali memori pertembungan kedua-dua pasukan dalam final Piala Malaysia 1993.

Pada 28 November 1993, Kedah menewaskan Singapura 2-0 dalam aksi final berkenaan, sekali gus mencipta sejarah yang kekal dalam ingatan penyokong Hijau Kuning.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.