The Red Giants tewaskan NSFC, 1-0

Foto Facebook Selangor FC

PETALING JAYA, 15 Januari – Selangor FC (SFC) naik ke tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Selangor FC raih kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC melalui tandukan Nooa Laine pada minit ke-60.
  • Kemenangan menempatkan Selangor di tangga kedua Liga Super dengan 31 mata.
  • Keputusan itu menjadi kemenangan kedua berturut-turut di bawah pengendali baharu Kim Pan Gon.
  • NSFC hampir menyamakan kedudukan namun percubaan Anuar Ceesay diselamatkan Kalamullah Al-Hafiz.

Kemenangan itu meneruskan permulaan positif pengendali baharu, Kim Pan Gon, dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Nooa Laine menerusi tandukan pada minit ke-60 selepas The Red Giants menguasai sebahagian besar permainan.

Keputusan berkenaan menyaksikan pasukan itu mengumpul 31 mata, membuka jurang dua mata dengan KL City FC dan Kuching City FC di tangga ketiga dan keempat.

NSFC hampir menyamakan kedudukan di penghujung perlawanan, namun percubaan Anuar Ceesay berjaya diselamatkan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus menghadiahkan kemenangan ke-10 musim ini buat skuad kendalian Kim Pan Gon.