
WASHINGTON, 9 Ogos – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, kini berdepan kesihatan teruk selepas kanser prostat yang dihidapinya dilaporkan telah merebak ke luar tulang.
- Anaknya, Hunter Biden, mendedahkan keadaan itu dalam temu bual bersama BBC.
- Pada Mei 2025 beliau mengumumkan diagnosis kanser prostat agresif, kira-kira empat bulan selepas meninggalkan Rumah Putih.
- Pada Oktober jurucakapnya menyatakan beliau menjalani rawatan radiasi dan terapi hormon untuk merawat penyakit tersebut.
Perkara itu didedahkan anaknya, Hunter Biden, dalam satu temu bual bersama BBC.
Jurucakap Biden, 83, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan tersebut ketika dihubungi pada Sabtu.
Biden pada Mei 2025 mendedahkan beliau didiagnosis menghidap kanser prostat dalam bentuk yang agresif, kira-kira empat bulan selepas meninggalkan Rumah Putih.
Ketika itu, beliau memaklumkan kanser berkenaan telah merebak ke tulang.
Pada Oktober tahun sama, jurucakapnya berkata Biden sedang menjalani rawatan radiasi dan terapi hormon bagi merawat penyakit tersebut.
Biden merupakan individu paling berusia dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ketika memenangi pilihan raya pada 2020.
Kesihatan fizikal dan keupayaan mental Biden turut menjadi perhatian sepanjang tempoh beliau menerajui pentadbiran negara itu dari 2021 hingga 2025.-REUTERS