Pembukaan Selat Hormuz bergantung penerimaan AS – IRGC

Foto REUTERS

IRAN, 8 Ogos – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menegaskan bahawa pembukaan semula Selat Hormuz tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rundingan antara Iran dan Oman, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada penerimaan Amerika Syarikat (AS) terhadap syarat yang ditetapkan Tehran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap IRGC berkata pembukaan semula laluan itu ikut mekanisme sendiri, tidak dipengaruhi proses diplomasi bersama Oman.
  • Pegawai AS laporkan perkembangan positif dalam rundingan Iran-Oman yang berpotensi membuka semula selat dan memulihkan eksport minyak.
  • Menteri Luar Abbas Araqchi mengesahkan Iran dan Oman semakin hampir mencapai persetujuan mengenai laluan perkapalan.

Jurucakap IRGC, Hossein Mohebbi berkata pembukaan semula laluan perkapalan strategik itu mengikut mekanismenya yang tersendiri tanpa dipengaruhi oleh proses diplomasi bersama Oman.

Kenyataan tegas itu menyusul selepas seorang pegawai AS pada Jumaat melaporkan perkembangan positif dalam rundingan Iran-Oman yang berpotensi membuka semula selat berkenaan, sekali gus memulihkan eksport minyak yang terjejas akibat konflik tentera AS-Iran yang berlarutan sejak lima bulan lepas.

Bagaimanapun, Agensi Berita Fars melaporkan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi mengesahkan bahawa Iran dan Oman sebenarnya semakin hampir mencapai persetujuan berhubung laluan perkapalan menerusi selat berkenaan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.