Tentera Yaman dakwa Huthi lancar peluru berpandu ke arah Laut Merah

Foto REUTERS

ISTANBUL, 8 Ogos – Tentera Yaman pada Sabtu mendakwa kumpulan Huthi melancarkan peluru berpandu dari wilayah Taiz di barat daya negara itu ke arah Laut Merah, lapor Anadolu Ajansi (AA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Paksi Tentera Taiz di bawah Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di platform X.
  • Pasukan peninjau tentera mendakwa mengesan pelancaran peluru berpandu ke arah Laut Merah.
  • Peluru berpandu didakwa dilancarkan dari Gunung Uman, kawasan Al-Hawban timur bandar Taiz; tiada butiran lanjut.

Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Paksi Tentera Taiz yang bernaung di bawah Kementerian Pertahanan dan disiarkan di platform media sosial X.

“Pasukan peninjau yang bernaung di bawah angkatan kami mengesan kumpulan Huthi melancarkan peluru berpandu ke arah Laut Merah,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, peluru berpandu itu dilancarkan dari Gunung Uman di kawasan Al-Hawban, timur bandar Taiz, tanpa memberikan butiran lanjut.

Huthi setakat ini belum mengeluarkan sebarang maklum balas terhadap kenyataan tentera itu.- BERNAMA-ANADOLU

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.