The Maze ubah Stesen Keretapi KL jadi trek larian

Pasukan Saucony Social Club Malaysia muncul sebagai juara acara sulung The Maze di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 8 September – Stesen Keretapi Kuala Lumpur buat julung kalinya menjadi lokasi perlumbaan lari berganti-ganti menerusi acara The Maze anjuran Saucony Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Acara dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
  • Menghimpunkan 20 kelab larian bertanding menerusi laluan khas.
  • Platform dan laluan pejalan kaki dijadikan sebahagian laluan, memberi pengalaman berbeza dan menghidupkan bangunan warisan.
  • Konsep The Maze membawa larian ke lokasi bukan trek tradisional, menggabungkan sukan, budaya dan muzik.

Program dengan kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) itu menghimpunkan 20 kelab larian dengan peserta berentap menerusi laluan khas di sekitar stesen bersejarah berkenaan.

Kawasan platform dan laluan pejalan kaki stesen turut dijadikan sebahagian daripada laluan perlumbaan, sekali gus memberi pengalaman berbeza kepada peserta selain menghidupkan bangunan warisan itu sebagai ruang komuniti dan budaya larian.

Ketua Saucony Malaysia, Regine Wong berkata, pemilihan Stesen Keretapi Kuala Lumpur selari dengan konsep The Maze yang membawa acara larian ke lokasi luar daripada trek perlumbaan tradisional.

“Acara itu turut menghimpunkan pelari, penyokong serta komuniti larian dalam satu pengalaman yang menggabungkan sukan, budaya dan muzik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial RAC Malaysia, Yang Mulia Tengku Nadia Azrina Tengku Amran menyifatkan penganjuran itu sebagai istimewa kerana menjadi kali pertama perlumbaan sebenar diadakan di dalam Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Program itu menyaksikan pasukan Saucony Social Club Malaysia muncul juara bagi edisi sulung The Maze di Kuala Lumpur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.