Terbuka India: Pearly-Thinaah tersungkur di separuh akhir

Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah ketika beraksi di Terbuka India 2026 di New Delhi

NEW DELHI, 17 Januari – Hasrat beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka India 2026 tidak kesampaian selepas kecundang di tangan beregu Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi separuh akhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pearly-Thinaah tewas kepada gandingan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam aksi separuh akhir.
  • Kekalahan berlaku dalam 46 minit dengan keputusan 21-16, 21-13.
  • Pasangan itu mengulangi nasib edisi lalu dengan tersingkir di peringkat sama.
  • Mereka akan terus beraksi di Masters Indonesia, bertemu Francesca Corbett-Jennie Gai pada pusingan pertama.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, gandingan Jepun itu menundukkan Pearly-Thinaah 21-16, 21-13 dalam tempoh 46 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian edisi lalu apabila terkandas di peringkat sama.

Selepas ini, Pearly-Thinaah dijadual meneruskan cabaran negara pada kejohanan Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, bermula Selasa ini.

Mereka dijadualkan bertemu gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai pada pusingan pertama.