Terbuka India 2026 : Aaron-Wooi Yik tempah slot suku akhir

Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.-Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Januari – Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Terbuka India 2026 selepas menyingkirkan pasangan Jepun Takumi Nomura-Yuichi Shimogami pada perlawanan pusingan kedua di New Delhi, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat suku akhir Terbuka India selepas kemenangan pusingan kedua di New Delhi.
  • Mereka menang dalam 33 minit, keputusan perlawanan 21-9, 23-21 menewaskan pasangan Jepun.
  • Di suku akhir mereka akan berdepan pasangan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan.

Pilihan kedua kejohanan itu hanya memerlukan 33 minit untuk menewaskan pasangan ranking ke-35 dunia berkenaan 21-9, 23-21 pada aksi berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Pada pusingan suku akhir, Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan yang menewaskan satu lagi wakil negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-14, 17-21, 21-14.-BERNAMA