Tenis Piala United: Greece atasi Jepun pada aksi pembukaan

Pemain Greece, Stefanos Tsitsipas (kanan) dan Maria Sakkari beraksi menentang pasangan Jepun, Yasutaka Uchiyama dan Nao Hibino dalam perlawanan beregu campuran pada kejohanan tenis United Cup di Perth pada 2 Januari 2026/ Foto AFP

PERTH, 3 Januari – Greece memulakan kempen mereka dalam kejohanan Piala United dengan bergaya selepas menewaskan Jepun dalam aksi sulung kumpulan yang berlangsung pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Greece menang 3-0 ke atas Jepun dalam perlawanan pembukaan Piala United di Perth.
  • Maria Sakkari menang 6-4, 6-2 menewaskan Naomi Osaka dalam aksi perseorangan wanita.
  • Stefanos Tsitsipas menang 6-3, 6-4 menewaskan Shintaro Mochizuki untuk mengesahkan kelebihan 2-0.
  • Pasangan Tsitsipas dan Sakkari menewaskan Uchiyama dan Hibino dalam beregu campuran secara straight set.
  • Greece akan berdepan Great Britain dalam aksi kedua kumpulan E pada Isnin.

Kemenangan Greece disahkan seawal dua perlawanan perseorangan apabila pemain nombor satu wanita negara itu, Maria Sakkari, menewaskan bekas juara Grand Slam, Naomi Osaka dengan keputusan 6-4, 6-2 dalam aksi pembukaan.

Momentum tersebut diteruskan oleh pemain utama lelaki Greece, Stefanos Tsitsipas, yang tampil cemerlang menundukkan Shintaro Mochizuki 6-3, 6-4 untuk memastikan Greece mendahului 2-0.

Gandingan Tsitsipas dan Sakkari kemudiannya melengkapkan kemenangan bersih Greece apabila menewaskan Yasutaka Uchiyama dan Nao Hibino, dalam perlawanan beregu campuran secara straight set.

Kemenangan 3-0 ini memberikan suntikan semangat buat Greece dalam usaha mereka mara ke peringkat seterusnya.

Greece seterusnya akan berdepan Great Britain dalam aksi kedua kumpulan E yang dijadual berlangsung Isnin ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.