SUKMA: Sabah ungguli karate, raih dua emas

Foto RTM

SHAH ALAM, 22 Ogos – Sabah terus mengungguli saingan karate pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila meraih dua pingat emas menerusi kategori kata lelaki dan kumite wanita 61 kilogram.

RINGKASAN BERITA AI
  • Adeola Fay Robert menewaskan Grace Limbang Patrick (Sarawak) 10-0 dalam kumite wanita 61 kilogram.
  • Mohamad Haznil Henry menang kategori kata lelaki 3-2 ke atas Muhammad Afiq Aiman Mohd Asrul (Pahang).
  • Kelantan raih pingat emas pertama karate melalui Reshvien Surendran dalam kumite lelaki 55 kilogram.
  • Reshvien menewaskan Jeevesh Bhaskaran (Selangor) 5-5 melalui kelebihan penentuan kemenangan.

Dalam saingan kumite wanita 61 kilogram, Adeola Fay Robert menewaskan wakil lawan, Grace Limbang Patrick dari Sarawak, dengan keputusan 10-0.

Bagi kategori Kata Lelaki pula, Mohamad Haznil Henry menewaskan Muhammad Afiq Aiman Mohd Asrul dari Pahang dengan keputusan 3-2.

Sementara itu, Kelantan meraih pingat emas pertama dalam acara karate menerusi Reshvien Surendran bagi kategori kumite lelaki 55 kilogram.

Beliau menewaskan Jeevesh Bhaskaran dari Selangor dengan keputusan 5-5 menerusi kelebihan penentuan kemenangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.