
SHAH ALAM, 22 Ogos – Atlet wushu Pulau Pinang, Wee Din Jun menyumbang satu lagi pingat emas buat kontinjen negerinya apabila meraih emas keduanya pada temasya Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
- Din Jun muncul juara acara nanquan lelaki dengan 9.596 mata, mengatasi Abel Wee Ye (Brunei) yang meraih 9.593.
- Pingat gangsa dimenangi wakil Perak Mohammad Syakir Ifwat Azoi dengan 9.580 mata.
- Kejayaan melengkapkan koleksi emasnya selepas kemenangan dalam acara gabungan nandao dan nangun lelaki.
- Penampilan terakhirnya di SUKMA lebih bermakna selepas gangsa 2022 dan ketiadaan pingat pada 2024.
Din Jun muncul juara acara Nanquan lelaki selepas mengumpul 9.596 mata, mengatasi atlet Brunei, Abel Wee Ye yang meraih perak dengan 9.593 mata.
Pingat gangsa pula menjadi milik wakil Perak, Mohammad Syakir Ifwat Azoi yang mengumpul 9.580 mata.
Kejayaan itu melengkapkan koleksi emas Din Jun pada edisi kali ini selepas beliau sebelum ini turut menyumbang emas dalam acara gabungan Nandao dan Nangun lelaki.
Kejayaan itu, sekali gus menjadikan penampilan terakhirnya di SUKMA lebih bermakna selepas meraih gangsa pada edisi 2022, selain gagal memperoleh sebarang pingat pada SUKMA 2024.