
NEW DELHI, 23 Ogos – Juara bertahan, Akane Yamaguchi meneruskan rentak cemerlang untuk memburu gelaran Kejohanan Badminton Dunia buat kali keempat apabila dijadual menentang pemain nombor satu dunia, An Se-young.
- Yamaguchi menewaskan Pornpawee Chochuwong 21-12, 21-17 dalam aksi separuh akhir.
- Beliau mempamerkan persembahan bertenaga set pertama dan menggunakan pengalaman untuk mengekang kebangkitan lawan pada set kedua.
- Se-young, pemenang pingat emas Olimpik dan juara dunia 2023, menewaskan Wang Zhiyi 24-22, 21-16 dalam pertembungan 61 minit.
- Perseorangan lelaki Perancis, Alex Lanier, turut melangkah ke perlawanan akhir.
Manakala perseorangan lelaki Perancis, Alex Lanier turut melangkah ke perlawanan akhir pada Sabtu.
Bintang Jepun, Yamaguchi menewaskan Pornpawee Chochuwong dari Thailand 21-12, 21-17 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Indera Gandhi, di sini.
Pemain nombor dua dunia itu mempamerkan persembahan bertenaga pada set pertama sebelum memanfaatkan pengalaman luasnya untuk menyekat kebangkitan Pornpawee di set kedua.
“Saya tidak begitu memikirkan kejayaan lalu dan tidak sabar untuk beraksi di final,” kata Yamaguchi.
Lawan beliau di pentas final, Se-young yang merupakan pemenang pingat emas Olimpik dan juara dunia 2023.
Se-young terpaksa berhempas-pulas sebelum menundukkan wakil China, Wang Zhiyi 24-22, 21-16 dalam pertarungan sengit selama 61 minit.- AFP