Sukan Asia Aichi-Nagoya: Sepak takraw regu lelaki negara raih perak

Foto RTM

NAGOYA, 29 September – Skuad sepak takraw negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara regu lelaki pada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas tewas kepada musuh tradisi, Thailand, dalam aksi perlawanan akhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Percaturan taktikal: Zulkifli dan Afifuddin dimasukkan untuk ubah corak permainan, namun usaha gagal.
  • Thailand menguasai perlawanan dengan kemenangan straight set 15-9, 15-8.
  • Kekalahan menyebabkan sasaran dua emas gagal dicapai, namun pencapaian lebih baik berbanding dua perak Hangzhou 2022.

Kekalahan itu sekali gus meranapkan impian kontinjen negara untuk menambah koleksi emas ketujuh di temasya berkenaan.

Pada aksi final tersebut, Malaysia mempertaruhkan trio Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Aidil Aiman Azwawi sebelum percaturan taktikal dibuat dengan memasukkan Muhammad Zulkifli Abd Razak serta Muhammad Afifuddin Razali bagi mengubah corak permainan.

Bagaimanapun, usaha tersebut masih belum cukup untuk menyekat kemaraan Thailand yang tampil lebih dominan untuk menguasai set pertama 15-9.

Skuad negara terus berdepan laluan sukar pada set kedua apabila Thailand memperkemaskan rentak permainan untuk melengkapkan kemenangan ‘straight set’ 15-8, sekali gus menebus kekecewaan tewas kepada Malaysia dalam acara regu berpasukan sebelum ini.

Kekalahan itu menyaksikan kem sepak takraw negara gagal memenuhi sasaran dua emas sebelum ini.

Namun, pencapaian berkenaan dilihat positif berbanding pencapaian dua perak pada edisi di Hangzhou 2022.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.