Skuad Hoki Lelaki B-18 pamer komitmen, disiplin terbaik

Ketua Jurulatih Skuad Hoki Lelaki B-18 negara, Mohd Harfizi Baharom/Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ketua jurulatih skuad hoki lelaki bawah 18 tahun (B-18) negara, Mohd Harfizi Baharom berpuas hati dengan komitmen dan disiplin yang dipamerkan anak buahnya, selepas mencatat kemenangan penting 3-2 ke atas Pakistan dalam aksi Kumpulan B Piala Asia B-18 di Kakamigahara, Jepun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemain melaksanakan perancangan taktikal dengan baik dan menunjukkan semangat juang tinggi.
  • Kemenangan membuka semula peluang skuad memburu slot ke separuh akhir.
  • Jurulatih akui masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum perlawanan penentuan menentang China.
  • Hari rehat dimanfaatkan untuk meningkatkan motivasi agar pemain beraksi dengan semangat juang tinggi pada perlawanan terakhir.

Menurut beliau, para pemain berjaya melaksanakan perancangan taktikal dengan baik, selain menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan bagi memastikan tiga mata berharga menjadi milik Malaysia.

“Mereka hari ini bermain bersungguh-sungguh dengan disiplin yang tinggi dan menterjemahkan taktikal yang dirancang sehingga mencapai keputusan kemenangan tiga gol,” Katanya.

Kemenangan ke atas Pakistan itu membuka semula peluang skuad negara untuk memburu slot ke separuh akhir.

Harfizi bagaimanapun mengakui, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik menjelang aksi penentuan menentang China.

“Kita akan perbaiki kelemahan tersebut menjelang perlawanan dengan China dan bagi hari rehat pemain esok kita akan cuba meningkatkan motivasi agar mereka bermain dengan semangat juang yang tinggil,” Jelasnya.

Malaysia dijadual berdepan China pada Selasa ini dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, dengan kemenangan dijangka menjadi kunci utama untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.