Tahniah Hakim Danish

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli yang meraih podium pada Grand Prix Itali di Litar Mugello, hari ini.

Beliau menerusi hantaran Facebook, menyifatkan kejayaan itu cukup bermakna apabila Malaysia kembali menaiki podium Moto3 di pentas Grand Prix selepas hampir sedekad.

“Luar biasa! Tahniah kepada Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam perlumbaan GP Itali di Litar Mugello hari ini,” menurut hantaran itu.

Datuk Seri Ahmad Zahid berharap pencapaian itu akan menjadi pemangkin kepada Muhammad Hakim Danish untuk terus melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan serta mengharumkan nama negara di persada dunia.

Kejayaan diperoleh hari ini merupakan podium pertama buat pelumba berusia 18 tahun itu selepas tujuh perlumbaan musim ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.