Sepang kembali jadi pentas F1, KBS janji penganjuran bertaraf dunia

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohd Mohammed Taufiq Johari / BERNAMA

PUTRAJAYA, 26 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang akan dilaksanakan mengikut piawaian tertinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • KBS dan Sepang International Circuit komited memastikan perlumbaan Oktober 2026 berjalan lancar bagi pasukan, pelumba dan peminat.
  • Penganjuran diharap merancakkan semula ekosistem sukan permotoran dan mengangkat reputasi Malaysia sebagai destinasi utama acara sukan antarabangsa.
  • Pengajuran akan memperkukuh pembangunan sukan permotoran serta merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pelancongan sukan.
  • Kerajaan terus tumpu pembangunan bakat tempatan agar pelumba Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Dr Mohd Mohammed Taufiq Johari, berkata pihaknya bersama Sepang International Circuit (SIC) komited memastikan perlumbaan yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026 itu berjalan lancar.

“KBS menerusi SIC komited memastikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 berlangsung mengikut piawaian tertinggi Formula 1, selain memberikan pengalaman terbaik kepada pasukan, pelumba dan peminat dari seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penganjuran semula perlumbaan berprestij itu dijangka merancakkan semula ekosistem sukan permotoran negara, di samping mengangkat reputasi Malaysia sebagai destinasi utama acara sukan antarabangsa.

“Pengajuran kali ini akan memperkukuh pembangunan sukan permotoran negara serta merangsang pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan sukan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan bagi memastikan lebih ramai pelumba negara mampu bersaing di pentas global.

“KBS akan terus komited menyokong pembangunan sukan permotoran, khususnya dalam melahirkan bakat tempatan yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, KBS memaklumkan Litar Antarabangsa Sepang memiliki rekod cemerlang sebagai tuan rumah Formula 1 selama 19 tahun dari 1999 hingga 2017, menjadikan kepulangan perlumbaan itu sebagai detik dinanti-nantikan peminat sukan permotoran tempatan dan antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.