PM ucap tahniah Malaysia juara Kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026

Pasukan sepak takraw kebangsaan menjulang piala kejuaraan selepas menewaskan India pada perlawanan akhir acara kuadran pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa malam tadi/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Mei– Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara atas kejayaan muncul juara acara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw selepas menewaskan India 2-0 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar kata kejayaan bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia tetapi bukti kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan bersaing antarabangsa.
  • Beliau puji semangat juang skuad sebagai kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
  • Malaysia menjulang trofi sulung acara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw; skuad dihuni Afifuddin, Shahalril, Amirul Zazwan dan Aidil Aiman.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan itu bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa.

“Tahniah pasukan negara atas kejayaan muncul juara acara kuadran di Piala Dunia Sepak Takraw selepas menewaskan India 2-0 dalam aksi penuh semangat, disiplin dan daya juang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Beliau turut menyifatkan semangat juang yang dipamerkan skuad negara sebagai kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia menjulang trofi sulung acara kuadran selepas ‘merejam’ India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa.

Skuad negara dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.