Penyokong Pulau Pinang bersorak puas final Piala Dunia

Foto RTM

KEPALA BATAS,20 Julai – Kejayaan Sepanyol merangkul kejuaraan Piala Dunia 2026 disambut penuh meriah oleh penggemar bola sepak di Pulau Pinang, khususnya di Kompleks Sukan MBSP, Bertam, yang menjadi tumpuan tayangan layar gergasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyokong meluahkan kepuasan dan keterujaan terhadap aksi bertenaga serta serangan bertali arus skuad Sepanyol.
  • Penyokong kata perlawanan sengit; ketahanan mental dan fizikal pemain Sepanyol jadi kunci kemenangan.
  • Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua, memeriahkan malam penuh debaran.
  • Program tayangan gergasi diserikan dengan kuiz, sepakan penalti, perlawanan veteran dan persembahan nyanyian Shidee Data.

Rata-rata penyokong meluahkan rasa puas hati dan teruja dengan aksi bertenaga yang dipamerkan skuad Sepanyol dalam perlawanan akhir yang penuh debaran.

Seorang penyokong, Zulnabil Azarin berkata, perlawanan berlangsung sengit dengan aksi serangan balas yang menghiburkan.

“Saya memang puas hati malam ini, permainan sangat panas dengan serangan bertali arus,” katanya.

Seorang lagi penyokong, Abdullah Yaacob turut berkongsi keterujaan beliau, menyifatkan ketahanan mental dan fizikal pemain Sepanyol sebagai kunci kejayaan.

“Kita berdebar sepanjang perlawanan, tetapi ketahanan Sepanyol memberikan kepuasan kepada semua penyokong,” jelasnya.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah bola sepak mereka.

Terdahulu, program tayangan layar gergasi itu dianjurkan oleh Pejabat ADUN Bertam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta Jabatan Penyiaran Malaysia Pulau Pinang.

Selain tayangan perlawanan akhir, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan suasana, termasuk kuiz bola sepak, sepakan penalti serta perlawanan bola sepak veteran empat penjuru.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis undangan, Shidee Data, sekali gus menambah kemeriahan sambutan malam bersejarah itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.