
SANTA CLARA, 20 Jun – Paraguay yang beraksi dengan 10 pemain menewaskan Turkiye 1-0 hari ini, sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya dan mengesahkan kedudukan tuan rumah bersama, Amerika Syarikat, sebagai juara Kumpulan D.
- Matias Galarza menjaringkan gol seawal minit kedua, rembatan rendah jarak jauh yang gagal diselamatkan penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir.
- Kad merah pertama dalam sejarah Piala Dunia dikeluarkan kerana menutup mulut lawan; Miguel Almiron diarah keluar setelah insiden dengan Mert Muldur.
- Turki meningkatkan tekanan; percubaan Deniz Gul minit ke-88 diselamatkan Orlando Gill, manakala tandukan Merih Demiral tersasar pada penghujung perlawanan.
Kekalahan itu turut menyaksikan Turkiye menjadi pasukan kedua tersingkir daripada kejohanan selepas Haiti.
Matias Galarza muncul wira Paraguay apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan seawal minit kedua apabila rembatan rendah jarak jauhnya gagal diselamatkan penjaga gol Turkiye, Ugurcan Cakir.
Perlawanan itu turut menyaksikan kad merah pertama dalam sejarah Piala Dunia dikeluarkan kepada pemain kerana tindakan menutup mulut lawan ketika berlaku pertikaman lidah di atas padang.
Bekas penyerang Newcastle,Miguel Almiron, diarah keluar padang pada masa kecederaan separuh masa pertama kerana menutup mulut pemain Turkiye, Mert Muldur, ketika kedua-duanya terlibat dalam insiden pertengkaran.
Turkiye meningkatkan tekanan pada separuh masa kedua dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-88 menerusi Deniz Gul, namun percubaannya tersasar selepas penjaga gol Paraguay, Orlando Gill berjaya menepis percubaannya.
Pada penghujung perlawanan, Merih Demiral turut terlepas peluang terbaik Turkiye apabila tandukannya tersasar, sebelum pemain-pemain Turkiye rebah kecewa sejurus wisel penamat dibunyikan.-AFP