
TOKYO, 17 April – Pasangan luncur ais berpasangan Olimpik dari Jepun, Riku Miura dan Ryuichi Kihara, mengumumkan persaraan daripada pada penghujung musim ini.
- Mereka berasa sudah memberikan segala-galanya dan tiada kekesalan, serta bangga dengan setiap rintangan dan pengalaman dikutip.
- Akan menyahut cabaran baharu untuk meningkatkan pengiktirafan luncur ais berpasangan di Jepun.
- Bangkit dari kedudukan kelima di Milan untuk menang, mencipta rekod dunia 158.13 dalam free skate, dan raih pingat perak berpasukan Olimpik berturut-turut.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, pasangan yang mula digandingkan pada 2019 itu berkata mereka telah memberikan segala-galanya sepanjang kerjaya masing-masing dan tidak mempunyai sebarang kekesalan.
“Kami berbangga dengan setiap rintangan yang telah dilalui dan merasakan kami memperoleh banyak pengalaman sepanjang perjalanan ini,” kata mereka menerusi hantaran di laman Instagram.
Tambah pasangan itu lagi, mereka kini akan menyahut cabaran baharu demi meningkatkan lagi pengiktirafan terhadap sukan luncur ais berpasangan di Jepun.”
Miura, 24, dan Kihara, 33, melakar kejayaan dramatik di gelanggang ais Milan apabila bangkit daripada kedudukan kelima untuk meraih kemenangan menerusi persembahan memukau dalam acara free skate.
Aksi tersebut menyaksikan mereka mencatatkan rekod dunia baharu dengan 158.13 mata di bawah sistem pemarkahan yang telah dikemas kini.
Selain kejayaan pingat emas itu, pasangan ini juga merupakan pemenang pingat perak acara berpasukan Olimpik Musim Sejuk berturut-turut pada edisi Beijing 2022 dan Milano Cortina 2026. -REUTERS