
KUALA LUMPUR, 17 April – Kontinjen olahraga negara cemerlang tuai dua emas dalam acara 400 meter (m) kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Trek dan Balapan Terbuka Singapura, hari ini.
- Umar Osman memenangi acara 400m lelaki dengan catatan masa 47.14 saat.
- Shereen Samson Vallabouy menang acara 400m wanita dengan catatan masa 54.24 saat.
- Kedua atlet mengakui perlu perbaiki prestasi dan berusaha lebih gigih walaupun gembira dengan keputusan.
Bagi kategori lelaki, pingat emas dimenangi menerusi Umar Osman, yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 47.14 saat (s) diikuti wakil Indonesia Maulana Ismail pada kedudukan tempat kedua 47.79s, manakala Frederick Ramirez dari Filipina di tempat ketiga menerusi catatan masa 47.80s.
“Saya bersyukur untuk kemenangan hari ini tapi dari segi masa saya perlu banyak perbaiki lagi,” kata Umar.
Sementara itu, pemegang rekod kebangsaan acara 400 m wanita, Shereen Samson Vallabouy menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 54.24s.
Pingat perak dimenangi pelumba Indonesia, Mergina Asyerem yang mengakhiri cabaran dengan catatan 55.96s, manakala tempat ketiga dimenangi pelari tuan rumah Laavini Jaiganth (57.24s).
“Permulaan yang baik buat saya. Namun, saya perlu berusaha lebih gigih untuk memberikan persemabahn lebih baik,” katanya. – BERNAMA