Malayan Tigress hadapi tugas getir

FOTO PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 19 Januari – Skuad futsal wanita negara, Malayan Tigress, berdepan cabaran getir pada Kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malayan Tigress ditempatkan dalam Kumpulan A bersama Thailand dan Indonesia, cabaran sukar menanti.
  • Jurulatih Edgar Baldasso digesa sediakan strategi kuat untuk hadapi dua lawan berpengalaman.
  • Kejohanan berlangsung di Korat, Thailand dari 24 Februari hingga 2 Mac, tempuhi persediaan padat.
  • Persaingan keras dijangka kerana juara dan pasukan kuat lain tampil dalam edisi kali ini.

Berdasarkan undian kumpulan kejohanan, anak buah Edgar Baldasso diletakkan dalam kumpulan A bersama Thailand dan Indonesia.

Manakala kumpulan B pula dihuni juara edisi 2024, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Australia.

Kejohanan berkenaan dijadualkan berlangsung di Korat, Thailand, bermula 24 Februari hingga 2 Mac depan.

Pada edisi 2024 yang berlangsung di Filipina, Vietnam berjaya menundukkan Thailand 2-1 pada perlawanan akhir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.