
MONTREAL, 6 Ogos – Kejohanan Tenis ATP Masters Montreal mengalami kejutan besar selepas dua pemain pilihan utamanya tersingkir, pada Rabu.
- Alexander Zverev tersingkir kepada Tallon Griekspoor 6-7 (3/7), 6-2, 6-4.
- Zverev kelihatan hilang punca sejak set kedua dan mengakui, 'Saya tidak menjangka akan bermain seburuk ini'.
- Griekspoor anggap kemenangan antara momen paling istimewa dan kata kerja keras latihan akhirnya membuahkan hasil.
- Felix Auger-Aliassime menarik diri akibat kecederaan semasa latihan. Ben Shelton bangkit tewaskan Jenson Brooksby 6-3, 7-5.
Pilihan utama kejohanan dan pemain nombor tiga dunia, Alexander Zverev, dikejutkan oleh pemain Belanda di ranking ke-69 dunia, Tallon Griekspoor, menerusi keputusan 6-7 (3/7), 6-2, 6-4 pada pusingan kedua.
Zverev, yang merupakan juara Terbuka Perancis dan naib juara Wimbledon tahun ini, kelihatan hilang punca bermula set kedua.
“Saya tidak menjangka akan bermain seburuk ini,” kata Zverev sebaik tamat perlawanan.
Bagi Griekspoor pula, kejayaan menumbangkan bintang Jerman itu menjadi momen kemuncak musimnya.
“Ini adalah antara kemenangan paling istimewa dalam kerjaya saya. Musim ini amat mencabar dan saya hampir berputus asa beberapa kali tetapi kerja keras di sesi latihan akhirnya membuahkan hasil,” ujar Griekspoor.
Sementara itu, jaguh tempatan, Felix Auger-Aliassime terpaksa menarik diri sebelum perlawanan akibat kecederaan ketika latihan.
Dalam perlawanan lain, juara bertahan dan pilihan kelima, Ben Shelton dari Amerika Syarikat bangkit daripada ketinggalan 4-1 di set kedua untuk menewaskan Jenson Brooksby 6-3, 7-5.- AFP