
MIAMI, 4 Julai – Cape Verde membuktikan pasukan kecil juga mampu memberi saingan hebat di pentas dunia apabila hampir mencipta kejutan menyingkirkan juara bertahan, Argentina, pada aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026.
- Tersingkir 2-3 setelah gol sendiri Diney Borges pada minit ke-111, perlawanan berkesudahan dramatik.
- Penampilan sulung Cape Verde di Piala Dunia mempamerkan kebolehan negara kecil dan memberi inspirasi kepada negara-negara kecil.
- Cape Verde mengejutkan dengan seri menentang Sepanyol, Uruguay dan Arab Saudi pada peringkat kumpulan.
- Pemain seperti Pico Lopes dan Vozinha berbangga; kejayaan ini meletakkan Cape Verde di peta bola sepak dan menginspirasi generasi muda.
Pasukan yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia itu hanya tewas 2-3 selepas gol sendiri Diney Borges pada minit ke-111 memberikan kemenangan dramatik kepada Argentina.
Pertahanan Cape Verde, Pico Lopes berkata, kejayaan mara ke Piala Dunia dan aksi cemerlang yang dipamerkan menjadi inspirasi kepada negara-negara kecil untuk terus percaya kepada kemampuan sendiri.
“Apa yang kami capai membuktikan negara kecil juga mampu bermimpi besar. Dengan semangat yang tinggi, segala-galanya adalah mungkin,” katanya.

Cape Verde, yang mempunyai populasi lebih 500,000 penduduk, sebelum ini turut mengejutkan ramai apabila mengikat Sepanyol, Uruguay dan Arab Saudi pada peringkat kumpulan.
Sementara itu, penjaga gol berusia 40 tahun, Vozinha berkata, kemaraan ke Piala Dunia merupakan impian seluruh rakyat Cape Verde.
Katanya pasukan tetap berbangga walaupun gagal mara ke pusingan seterusnya.

Menurutnya, mereka meninggalkan kejohanan dengan penuh maruah selepas berjaya membuktikan mampu bersaing dengan antara pasukan terbaik dunia.
Lopes turut menyifatkan kempen Piala Dunia kali ini berjaya meletakkan Cape Verde dalam peta bola sepak dunia.
Sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda negara itu untuk mengejar impian beraksi di pentas tertinggi. – AFP