England disambut sorakan ‘boo’ jelang aksi bertemu Mexico

Bas yang membawa skuad England tiba di hotel penginapan di Mexico City menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia/Foto REUTERS

MEXICO CITY, 4 Julai – Skuad England menerima sambutan bercampur-campur daripada penyokong ketika tiba di hotel penginapan di Mexico City menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 menentang tuan rumah, Mexico.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ratusan penyokong berkumpul di luar hotel, melaungkan nama "Mexico" dan mengiringi dengan sorakan "boo".
  • Masih terdapat penyokong tempatan yang hadir untuk memberikan sokongan kepada pemain England.
  • Cesar Avila mula menyokong England sejak Piala Dunia di Mexico; minat diwarisi bapanya dan terpengaruh muzik The Beatles, The Kinks.
  • Kapten Harry Kane, Bukayo Saka dan Marcus Rashford antara pemain yang mendapat perhatian penyokong ketika memasuki hotel.

Ratusan penyokong yang berkumpul di luar hotel melaungkan nama Mexico dan mengiringi ketibaan pasukan kendalian Thomas Tuchel dengan sorakan “boo”.

Bagaimanapun, masih terdapat penyokong tempatan yang hadir bagi memberikan sokongan kepada pemain England.

Peminat England, Cesar Avila, berkata beliau mula menyokong skuad The Three Lions sejak Piala Dunia di Mexico dan minat itu diwarisi daripada bapanya.

“Saya menyokong England sejak mereka datang ke Mexico untuk Piala Dunia. Ayah saya menonton salah satu perlawanan mereka dan mewariskan minat itu kepada saya.

“Muzik England seperti The Beatles dan The Kinks turut membuatkan saya mengagumi negara itu, khususnya kelab Liverpool,” katanya.

Ketibaan skuad England di Mexico City menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 bertemu Mexico/Foto REUTERS

Seorang lagi penyokong, Alma Nicolas, berkata walaupun menyokong Mexico, beliau juga peminat tegar Arsenal.

“Saya rakyat Mexico dan sudah tentu menyokong Mexico. Tetapi saya juga ahli Arsenal Supporters Club dan hadir untuk bertemu pemain Arsenal yang berada dalam skuad England,” katanya.

Kapten England, Harry Kane, Bukayo Saka dan Marcus Rashford antara pemain yang mendapat perhatian penyokong ketika memasuki hotel.

England dijadual menentang Mexico pada aksi pusingan 16 terbaik bagi merebut tempat ke suku akhir pada 6 Julai, 8.00 pagi waktu Malaysia. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.