
KUALA LUMPUR, 1 MAC – Pemain perseorangan wanita negara profesional, Goh Jin Wei menamatkan kemarau gelaran selama lapan tahun apabila muncul juara di Kejohanan Antarabangsa Singapura hari ini.
- Goh Jin Wei memenangi gelaran di Kejohanan Antarabangsa Singapura selepas mengalahkan Komang Ayu Cahya Dewi 21-11, 21-11.
- Kemenangan itu menamatkan kemarau gelaran selama lapan tahun bagi pemain berkenaan.
- Perlawanan tamat dalam masa ringkas, hanya mengambil masa 30 minit keseluruhan.
- Ini adalah gelaran BWF pertamanya sejak kejayaan di Cabaran Antarabangsa Orleans 2016.
Pilihan ketiga itu menepati ramalan apabila hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan pemain bukan pilihan dari Indonesia, Komang Ayu Cahya Dewi 21-11, 21-11 di Singapore Badminton Hall East Coast @ Expo.
Kejayaan ini merupakan gelaran pertama pemain nombor 55 dunia itu dalam kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak menjuarai Cabaran Antarabangsa Orleans di Paris pada 2016.
Jin Wei, 26 tahun pernah memenangi pingat emas perseorangan wanita pada Sukan SEA 2017, pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina serta dua gelaran Kejohanan Remaja Dunia masing-masing pada 2015 dan 2018.-BERNAMA