
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkukuhkan skuad bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) 2026/27 apabila mengumumkan kehadiran pemain tengah antarabangsa Slovenia, Dejan Petrovic.
- Berusia 28 tahun dan akan menyarung jersi bernombor 21.
- Membantu HNK Rijeka menjuarai Liga Satu Croatia musim lalu, menunjukkan reputasi berpengalaman.
- Tandatangan kontrak empat musim; pernah beraksi bersama NK Aluminij dan Rapid Vienna.
- Kehadiran Petrovic dan Shahab Zahedi memperkukuh JDT untuk kekalkan dominasi domestik dan cabaran di pentas Asia.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, pemain berusia 28 tahun itu akan menyarung jersi bernombor 21 sekali gus menjadi rekrut terbaharu Harimau Selatan.
Dalam kenyataan itu juga, JDT memaklumkan Petrovic hadir dengan reputasi sebagai pemain berpengalaman selepas membantu HNK Rijeka muncul juara Liga Satu Croatia musim lalu.
Petrovic yang menandatangani kontrak selama empat musim sebelum ini turut beraksi bersama NK Aluminij di Slovenia dan Rapid Vienna di Austria, sekali gus membawa pengalaman luas bola sepak Eropah ke Stadium Sultan Ibrahim.
Sebelum ini, JDT turut memperkenalkan penyerang Iran, Shahab Zahedi yang memiliki pengalaman beraksi di Liga J1 Jepun bersama Avispa Fukuoka, selain pernah bermain di Iran, Korea Selatan dan Ukraine.
Kehadiran Petrovic dan Zahedi membuktikan kesungguhan juara bertahan Liga Super itu untuk terus memperkukuhkan setiap posisi dalam usaha mengekalkan dominasi bola sepak tempatan serta mencabar lebih jauh di pentas Asia musim depan.