KBS sentiasa sokong pembangunan pelumba negara

Zulfahmi (kanan) minta orang ramai henti kritikan terhadap KBS.

KUALA LUMPUR, 2 JULAI – Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin meminta peminat sukan permotoran negara untuk menghentikan kritikan terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

RINGKASAN BERITA AI
  • KBS sentiasa menyokong program pembangunan bakat SIC sejak hari pertama, memainkan peranan penting melahirkan pelumba ke pentas dunia.
  • Walaupun dakwaan tiada peruntukan, Hakim Danish terus cemerlang dengan kejuaraan GP Czech dan podium GP Itali.
  • Zulfahmi berharap kemenangan menjadi pemangkin kukuhkan kerjasama SIC dan KBS serta pastikan kesinambungan program dan penganjuran MotoGP lima tahun.

Menurut bekas pelumba Moto2 negara itu, kementerian itu telah menyokong program pembangunan bakat yang dikendalikan SIC sejak sekian lama.

Jsuteru, orang ramai diharap tidak membuat sebarang kesimpulan berdasarkan maklumat yang tidak tepat.

“Saya percaya selepas kemenangan Hakim Danish banyak perkara yang kurang baik berlaku terhadap KBS dan sudah semestinya saya berasa tidak senang, terutama dengan beberapa fakta yang keluar. Saya sendiri pun tidak tahu hendak meraikan kemenangan itu macam mana kerana dalam masa yang sama KBS berada dalam posisi yang tidak baik,” katanya.

Terdahulu, kontroversi berkenaan tercetus selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol memaklumkan tiada peruntukan disalurkan kepada pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bagi musim ini.

Begitupun pelumba berusia 18 tahun berkenaan tetap beraksi cemerlang dengan merangkul kejuaraan sensasi dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno.

Anak kelahiran Terengganu itu sebelum ini turut meraih podium ketiga pada GP Itali.

Tambah Zulfahmi, sokongan KBS terhadap pembangunan pelumba muda negara tidak pernah terhenti dan memainkan peranan penting dalam melahirkan bakat ke pentas dunia.

“Tetapi walau macam mana pun saya nak terangkan dekat sini memang KBS bersama dengan program ini dari hari pertama bersama SIC dan saya harap dengan penganjuran MotoGP 5 tahun yang akan datang ini, program ini akan berterusan dan melahirkan lebih ramai lagi Hakim Danish Insya-Allah” katanya.

Zulfahmi pada masa sama berharap kejayaan Hakim Danish menjadi pemangkin untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara SIC dan KBS dalam memastikan kesinambungan program pembangunan bakat bagi melahirkan lebih ramai pelumba Malaysia di pentas dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.