FIFA buka pusingan baharu jualan tiket Piala Dunia 2026

Perdana Menteri Kanada, Mark Carney mengangkat trofi Piala Dunia sempena Jelajah Trofi FIFA di Stadium Lansdowne, Ottawa pada 24 Mei 2026/AFP

LOS ANGELES, 29 Mei- Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membuka pusingan baharu jualan tiket Piala Dunia 2026 hanya 14 hari sebelum kejohanan bermula di Amerika Utara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiket ditawarkan secara 'siapa cepat dia dapat' melalui saluran rasmi FIFA.
  • Lebih lima juta tiket telah terjual daripada kira-kira tujuh juta yang dijangka ditawarkan.
  • Piala Dunia 2026 edisi terbesar: 48 pasukan dan 104 perlawanan di AS, Kanada dan Mexico.
  • Proses dan harga tiket dikritik; beberapa negeri AS jalankan siasatan, FIFA pertahankan harga kerana permintaan tinggi dan keadaan pasaran.

FIFA memaklumkan tiket berkenaan ditawarkan secara ‘siapa cepat dia dapat’ melalui saluran rasmi.

FIFA sebelum ini berkata tiket akan dijual secara berperingkat melalui laman web rasminya sehingga perlawanan akhir pada 19 Julai.

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata lebih lima juta tiket telah terjual daripada kira-kira tujuh juta tiket yang dijangka ditawarkan bagi kejohanan itu.

Beliau berkata angka itu mencerminkan permintaan tinggi terhadap kejohanan berkenaan.

Piala Dunia 2026 akan menjadi edisi terbesar dengan penyertaan 48 pasukan dan 104 perlawanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Bagaimanapun, proses dan harga tiket itu menerima pelbagai kritikan termasuk daripada pihak berkuasa di beberapa negeri di Amerika Syarikat yang menjalankan siasatan terhadap amalan penjualan tiket FIFA.

Namun FIFA mempertahankan harga tiket tersebut dengan menyatakan ia ditentukan berdasarkan permintaan tinggi serta keadaan pasaran di Amerika Syarikat. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.