Messi ketuai Argentina kali keenam di Piala Dunia

Lionel Messi/ AFP

BUENOS AIRES, 29 Mei- Lionel Messi kekal mengetuai Argentina sebagai kapten pasukan bagi Piala Dunia 2026, kata ketua jurulatih, Lionel Scaloni ketika mengumumkan skuad 26 pemain pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Messi bakal mencatat penampilan rekod kali keenam bersama skuad kebangsaan di Piala Dunia.
  • Keadaan Messi dilaporkan baik walaupun sebelum ini berdepan masalah keletihan otot hamstring kiri.
  • Argentina mengekalkan 17 pemain daripada skuad juara 2022 dalam senarai 26 pemain kali ini.
  • Perlawanan pemanas badan menentang Honduras dan Iceland di AS dijadualkan sebelum pertemuan pembukaan dengan Algeria pada 16 Jun.

Messi, 38, bakal membuat penampilan rekod enam kali dalam kejohanan berkenaan bersama skuad kebangsaan Argentina.

Beliau sebelum ini tidak mengesahkan penyertaan, namun penyertaannya telah dijangka luas selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia Qatar 2022.

Scaloni berkata keadaan Messi berada pada tahap baik walaupun sebelum ini dilaporkan mengalami keletihan otot hamstring kiri.

“Messi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk kejohanan ini walaupun sebelum ini berdepan isu kecederaan,” katanya.

Argentina turut mengekalkan 17 pemain daripada skuad juara 2022 dalam senarai kali ini.

Antara yang disenaraikan termasuk pertahanan Cristian Romero yang kembali selepas pulih daripada kecederaan lutut.

Beberapa pemain muda turut dipanggil termasuk Nicolas Paz dan Valentin Barco bagi memperkukuh skuad.

Bagaimanapun, pemain muda Real Madrid, Franco Mastantuono tidak tersenarai dalam pilihan kali ini.

Turut tidak dipanggil ialah Emiliano Buendía yang sedang berada dalam prestasi baik bersama Aston Villa serta Paulo Dybala dari Roma.

Argentina dijadual menjalani perlawanan pemanas badan menentang Honduras pada 6 Jun dan Iceland pada 9 Jun di Amerika Syarikat.

Skuad itu akan membuka kempen Piala Dunia menentang Algeria di Kansas City pada 16 Jun, dengan kejohanan turut dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.