F1 GP Gulf Air Bahrain catat rekod kehadiran 261,000 penonton

Foto Bahrain International Circuit (BIC)

SEPANG, 5 Oktober–  Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026 mencatat rekod kehadiran baharu dengan 261,000 penonton sepanjang hujung minggu perlumbaan, termasuk 103,000 penonton pada hari perlumbaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlumbaan GP F1 Gulf Air Bahrain di Malaysia disambut hangat, mencipta suasana hujung minggu yang bersejarah.
  • BIC mengucapkan penghargaan kepada peminat yang hadir dan membantu mencipta sejarah edisi kali ini.
  • Max Verstappen menang, Kimi Antonelli kedua, Lewis Hamilton ketiga, menambah kemeriahan kepulangan F1 ke SIC.

Bahrain International Circuit (BIC) menerusi hantaran di X memaklumkan jumlah berkenaan sekali gus menjadikan penganjuran itu sebagai perlumbaan yang mencatat jualan tiket penuh dan rekod baharu.

“261,000 kehadiran sepanjang hujung minggu, 103,000 kehadiran pada hari perlumbaan. Jualan tiket penuh yang mencipta rekod, hujung minggu perlumbaan yang bersejarah dan suasana yang tidak dapat dilupakan,” menurut hantaran itu.

BIC turut menzahirkan penghargaan kepada semua peminat yang hadir menyaksikan perlumbaan berkenaan dan membantu mencipta sejarah pada edisi kali ini.

Dalam perlumbaan itu, Max Verstappen muncul juara, diikuti Kimi Antonelli di tempat kedua, manakala Lewis Hamilton melengkapkan podium di tempat ketiga.

Kejayaan Verstappen itu menambah kemeriahan perlumbaan yang menyaksikan sambutan luar biasa peminat terhadap kepulangan F1 ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.