F1 GP Bahrain di Sepang: Penghormatan besar buat negara

Foto FAIL

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Penganjuran Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober ini disifatkan sebagai satu penghormatan besar buat negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • SIC terbukti bertaraf dunia dan mampu menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa.
  • Kepulangan perlumbaan berprestij menarik tumpuan dunia kembali kepada Malaysia.
  • Penganjuran F1 perlu dimanfaatkan untuk pengalaman pelancongan menyeluruh, bukan sekadar jualan tiket.
  • Industri perlu promosikan makanan tempatan dan destinasi seperti Melaka, KL, Genting, Pulau Pinang, Langkawi.

Pengasas Your Inbound Matters (Platform Komuniti Professional Pelancongan Dalam Negeri), Uzaidi Udanis berkata kepulangan semula perlumbaan berprestij itu ke SIC selepas hampir sedekad membuktikan litar itu memiliki kemudahan bertaraf dunia serta kemampuan menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa.

“Ini adalah satu penghormatan besar buat negara. Selepas hampir satu dekad F1 tidak kembali ke SIC, dunia sekali lagi akan memberi tumpuan kepada Malaysia

“Ini membuktikan SIC masih bertaraf dunia dan mempunyai kemampuan untuk menganjurkan acara bertaraf antarabangsa,” katanya kepada RTM.

Sementara itu, Uzaidi turut berpandangan penganjuran F1 perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan menawarkan pengalaman pelancongan lebih menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada penjualan tiket perlumbaan.

Katanya, pemain industri perlu menggunakan peluang dengan memperkenalkan makanan tempatan dan destinasi pelancongan menarik kepada pelancong seperti Melaka, Kuala Lumpur, Genting Highland, Pulau Pinang, Langkawi dan sebagainya.

“Pelancong antarabangsa mencari pengalaman tempatan yang unik, bukan sekadar destinasi. Mari kita jual pengalaman Malaysia supaya mereka pulang dengan membawa kenangan manis berkaitan negara kita,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.