Djokovic menang perlawanan Grand Slam ke-400

 Foto AFP

MELBOURNE, 24 Januari – Novak Djokovic memecahkan rekod menjadi pemain pertama memenangi 400 perlawanan Grand Slam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Djokovic menang 400 perlawanan Grand Slam, rekod pertama dicapai pemain lelaki atau wanita.
  • Kemenangan 6-3, 6-4, 7-6 menyingkirkan Botic van de Zandschulp dan bawa beliau ke pusingan 16 terbaik.
  • Djokovic mengatasi rekod Roger Federer (369) dan Serena Williams (365) dalam jumlah kemenangan Grand Slam.
  • Itu juga kemenangan ke-102 di Melbourne Park dan gelaran ke-10 Terbuka Australia, menunjukkan keunggulan beliau di sana.

Pencapaian itu diraih ketika bintang Serbia berusia 38 tahun itu menewaskan pemain Belanda, Botic van de Zandschulp 6-3, 6-4, 7-6 (7/4), untuk melangkah ke peringkat 16 terbaik Terbuka Australia.

Kemenangan itu menyaksikan Djokovic mengatasi pemain di kedudukan kedua terbaik iaitu Roger Federer yang merekodkan 369 kemenangan dan Serena Williams (365).

Kemenangan itu juga merupakan yang ke-102 di Melbourne Park dan 10 gelaran sekali gus muncul sebagai pemain perseorangan paling banyak memenangi Terbuka Australia.

Lawan Djokovic pada perlawanan pusingan keempat nanti ialah sama ada bintang Czech yang sedang meningkat naik, Jakub Mensik atau pemain Amerika, Ethan Quinn.

Pemenang Slam 24 kali itu berada dalam prestasi yang baik setakat ini dalam usahanya untuk mengatasi dominasi Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz baru-baru ini. – AFP